HomeIsu tempatanKakitangan JKNS Klinik Kesihatan Kinarut Perhebat Projek RAVO

Kakitangan JKNS Klinik Kesihatan Kinarut Perhebat Projek RAVO

Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Pasukan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dari Klinik Kesihatan Pekan Kinarut tidak ketinggalan memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri ini menerusi projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO).

Projek RAVO yang mula dilancarkan oleh JKNS pada Oktober lalu dengan bantuan pejabat kesihatan daerah, agensi kerajaan, dan wakil rakyat, berperanan membantu program outreach sedia ada di setiap daerah termasuk pergi dari rumah ke rumah dan mencari golongan sasar yang layak divaksinasi dengan lebih berstrategi.

Sejak projek RAVO rancak dilaksanakan di seluruh negeri ini, Sabah Media turut membuat tinjuan sekitar Kinarut hari ini, di mana, dua orang Penolong Pegawai Perubatan Muhd Zahid Hafizi Mat Jamil, Syariah Izzati Durahman dan seorang jururawat Sanisah Salleh telah pergi ke rumah seorang pelajar institut pengajian tinggi untuk memberikan suntikan vaksin dos penggalak kepada beliau.

Muhd Zahid berkata, mereka akan pergi rumah ke rumah golongan sasar yang dikenalpasti bagi memudahkan individu yang layak divaksin menerima vaksinasi mereka seterusnya menjejaki mereka yang masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Kami mengalu-alukan kepada orang ramai yang layak dan belum mendapat walau satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau yang mahu mendapatkan dos penggalak supaya hadir secara ‘walk in’ ke Klinik Kesihatan Pekan Kinarut.

“KIinik Kesihatan Pekan Kinarut akan dibuka untuk penerimaan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 2 petang hingga 4 petang, manakala ditutup pada Sabtu dan Ahad,” katanya.

Tambahnya, dengan mendapatkan suntikan vaksin ini, kita akan dapat mengekang penularan virus COVID-19 ini.

Dalam pada itu, JKNS melaporkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, setakat 7 Disember 2021, penduduk Sabah yang menerima vaksin (menurut data daripada PICK Sabah) adalah seramai 5,305 orang. Daripada jumlah ini, seramai 5,010 orang adalah penduduk dewasa dan 295 orang adalah penduduk remaja.

Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 06 Disember 2021 adalah seramai 2,443,030 orang. Ini meliputi 2,108,253 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 76.43% jumlah penduduk dewasa.

Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,395,053 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,086,133 orang atau 75.63% adalah penduduk dewasa.

Seramai 334,777 orang atau 77.14% penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 308,920 atau 71.18% orang setakat ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular