HomeUtamaIsu Kehabisan Sijil Lahir Berpunca Dari Kelewatan Pengilang Hantar Bekalan

Isu Kehabisan Sijil Lahir Berpunca Dari Kelewatan Pengilang Hantar Bekalan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Isu kehabisan bekalan stok sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang tular di media sosial baru-baru ini disebabkan kelewatan bekalan daripada pihak pengilang di negara China.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, kertas yang digunakan bagi mencetak sijil kelahiran itu adalah diimport daripada pengilang di negara China.

Katanya, kelewatan bekalan kertas itu tiba di Malaysia adalah disebabkan berlakunya kejadian banjir di negara berkenaan baru-baru ini.

“Hasil semakan mendapati bekalan kertas tersebut telah tiba di Malaysia dan melepasi pemeriksaan Kastam pada 6 Disember lalu.

“Semakan lanjut juga mendapati bahawa kertas tersebut telah terima oleh syarikat percetakan pada 8 Disember lalu sebelum proses cetakan sijil kelahiran dilaksanakan,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Khairrul berkata, JPN akan memastikan syarikat percetakan membekalkan sijil kelahiran yang kini dalam proses pencetakan selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Katanya, bagi mengelakkan berlaku sebarang kelewatan luar jangka, pegawai JPN Sabah akan mengambil sendiri bekalan stok sijil kelahiran yang telah selesai dicetak di Ibu Pejabat JPN Putrajaya sebelum diedarkan di semua pejabat JPN seluruh Sabah.

“Sekiranya terdapat pelanggan yang memerlukan surat pengesahan kelahiran daripada JPN, contohnya untuk tujuan penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau Sarawak, bolehlah memohon di JPN,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial seorang pengguna mendakwa terpaksa menunggu hampir sebulan bagi urusan percetakan sijil kelahiran.

Bagaimanapun, JPN memaklumkan isu kehabisan stok berkenaan berlaku pada awal bulan Oktober tahun ini dan bukan sejak 10 bulan lalu seperti yang tular.

Isu kehabisan bekalan stok ini juga berlaku di JPN Negeri Sarawak.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya