HomeUtamaMindef Dan ATM Tingkatkan Kesiapsiagaan Di Sabah – Hishamuddin

Mindef Dan ATM Tingkatkan Kesiapsiagaan Di Sabah – Hishamuddin

Read Time:2 Minute, 4 Second

CYBERJAYA ~~ Berhubung laporan media  mengenai dakwaan “Tentera Diraja Sulu” sedang merancang untuk menceroboh Sabah, MINDEF dan ATM sememangnya memberi perhatian terhadap laporan berkenaan. Sebarang ancaman, sama ada boleh dipercayai atau tidak, mesti disahkan secara bebas dan dianggap serius jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. 

Katanya  Agensi perisikan dan keselamatan  juga sudah mengambil maklum tentang perkara yang dilaporkan dan sedang dalam proses verifikasi dengan agensi-agensi sejawat mereka di Filipina dan serantau seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (IGP) dan Commander ESSCOM semalam.

“ Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM juga sentiasa memantau perkembangan yang sedang berlaku dan menilai indikator-indikator yang boleh menjejaskan keselamatan.  

Menurut Hishamuddin lagi beliau telah dimaklumkan melalui pelaksanaan operasi dan perisikan, namun setakat ini tiada bukti kukuh atas laporan sepertimana yang dinyatakan setakat ini dan seperti yang turut ditegaskan oleh Panglima Angkatan Tentera dan IGP, tindakan segera akan diambil bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi di Sabah katanya melalui satu kenyataan hari ini. 

Menurut beliau lagi, kesemua cabang perkhidmatan ATM turut meningkatkan kesiagsiagaan ke tahap paling tinggi terutama di Pantai Timur Sabah. 

“ Saya telah arahkan ketiga-tiga perkhidmatan melalui – Panglima Medan Timur (TDM) Lt Jen Dato Mardzuki bin Muhammad; Panglima Armada Timur (TLDM) Laksamana Madya Dato Sabri bin Zali; dan Panglima Wilayah Udara 2 (TUDM) Mej Jen Dato Shamsudin bin Kassim untuk memastikan ATM turut meningkatkan kesiapsiagaannya ke tahap paling tinggi di negeri berkenaan terutama di Pantai Timur Sabah.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan pihak berkuasa di negeri yang Filipina dan Indonesia, Hishammuddin berkata , hubungan kerja beliau dengan Menteri Pertahanan Indonesia,Prabowo Subianto dan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana juga akrab dan kukuh.

“ Setakat ini,di Laut Sulu dan Sulawesi yang juga merupakan laluan perairan antara Sabah dan Selatan Filipina, kita mempunyai inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) melibatkan kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Filipina demi memastikan laluan perairan itu sentiasa selamat.

“ Kami sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain mengenai perkara yang menjadi kebimbangan bersama terutama soal keselamatan. 

“ Prabowo Subianto Setiausaha Lorenzana dan saya telah bersetuju untuk melaksanakan semula Perbincangan Peringkat Menteri mengenai TCA dan kami merancang untuk bertemu pada Januari 2022 bagi kukuhkan lagi kerjasama angkatan tentera negara masing-masing di Laut Sulu dan Sulawesi. 

“ Memelihara keamanan dan kesejahteraan Sabah sentiasa menjadi keutamaan tertinggi MINDEF.  

“ Walau apa jua ancaman dan cabaran sekalipun, saya dan kepimpinan MINDEF akan terus memastikan ke selamatan Sabah tidak dikompromi dan kedaulatan negara tidak= sewenang-wenangnya dinodai katanya lagi. 

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya