Jalan Berungis Akan Dinaik Taraf Kepada Dua Laluan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Jalan Berungis, Tuaran akan dinaik taraf berikutan kesesakan harian di jalan raya yang menghubungkan ibu negeri dengan daerah utara di bawah Rolling Plan II, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Projek itu adalah permintaan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memandangkan jalan itu terletak di dalam kawasan Dewan Udangan Negeri (DUN) Sulamannya.

Dengan kos RM15 juta, kerja-kerja menaik taraf 4.09 km dari bulatan Berungis sehingga persimpangan Marabahai Spur dijangka bermula tahun depan dan akan disiapkan dalam tempoh 36 bulan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman menyerahkan surat projek kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Negeri Datuk Mohd Jasmin Julpin disaksikan oleh Ketua Menteri dalam satu majlis di Menara Kinabalu dekat sini hari ni.

Pada majlis sama, Hajiji turut menyaksikan penyerahan wang RM18.3 juta itu Projek Loji Rawatan Air Tanjung Labian, Lahad Datu kepada kerajaan negeri.

Ia diserahkan oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat Felda Mahadzir Mustaffa kepada Pengarah Air Negeri Ir Edward Likapo.

Loji rawatan air berkapasiti empat juta liter sehari (MLD) akan memberi manfaat kepada 800 keluarga di enam kampung di Lahad Datu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Kerajaan Persekutuan Negeri Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *