HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Terus Rekod Penurunan

COVID-19 : Kes Jangkitan Terus Rekod Penurunan

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus merekodkan trend penurunan dengan pengurangan 16 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian dicatatkan sebanyak 181 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedudukan kes-kes jangkitan di Sabah semakin stabil dan terkawal.

“Sehingga kini cuma enam daerah yang mencatat kes baharu dengan dua angka manakala daerah Tuaran menjadi penyumbang utama kes-kes di Sabah hari ini dengan 35 kes.

“Ia diikuti dengan Kota Kinabalu dengan 31 kes dan Penampang dengan 19 kes. Tidak ada kes baharu di tujuh daerah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, seramai 173 daripada 181 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan tiga orang pesakit lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya