HomeEkonomiKojasa Mart Buka Cawangan Kedua Di Anjung Selera

Kojasa Mart Buka Cawangan Kedua Di Anjung Selera

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Selepas hampir sebulan membuka cawangan pertama, Kojasa Mart kini membuka cawangan keduanya bagi membolehkan penduduk sekitar bandar raya Kota Kinabalu membeli barangan keperluan harian dengan harga mampu milik.

Kedai kedua yang dibuka di Anjung Selera Likas itu dilancarkan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak disini semalam.

Pelancaran cawangan kedua itu merupakan titik perubahan kepada Kojasa Holdings Berhad yang memulakan program keusahawanan dengan skim francais dan akan membuka sekurang-kurangnya 30 kedai Kojasa Mart di seluruh Sabah tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) QSB Joehary Ismail berkata, Kojasa Holdings akan membangunkan skim keusahawanan dengan tujuan membawa usahawan muda bagi menceburi operasi cawangan Kojasa Mart pada masa hadapan melalui program pelesenan.

Katanya, skim itu akan berada di bawah Kojasa Trading Sdn. Bhd.

“Sementara kedai Kojasa Mart akan mempromosikan produk tempatan untuk meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kedai di pelbagai daerah akan memenuhi keperluan pelbagai pemilik kedai runcit.

“Usaha ini akan membantu menstabilkan harga barangan keperluan dan memastikan ia berpatutan untuk kumpulan berpendapatan rendah B40 dan M40.

“Ini mencerminkan teras misi QSB untuk menyelaraskan dirinya dengan hala tuju konsep Sabah Maju Jaya dengan memperkasakan generasi muda melalui penyertaan dalam perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Mengenai pembukaan cawangan kedua Kojasa Mart, Joehary menyatakan bahawa pelancaran itu dibuat hanya sebulan selepas kedai pertama dibuka di Suria Inanam dan setiap satu menjalankan fungsi berbeza.

“Pelancaran cawangan kedua kami adalah penting kepada syarikat kerana ia mencerminkan hala tuju pihak Pengurusan untuk menawarkan destinasi baharu untuk membeli-belah runcit terutamanya bagi penduduk yang ramai di Likas, Luyang dan kawasan lain di Kota Kinabalu.

“Kedai pertama sebaliknya direka untuk memenuhi pembelian pukal dalam talian oleh vendor perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Di cawangan baharu ini, kami menyasarkan untuk menyediakan pelbagai barangan runcit termasuk hasil tempatan sebagai satu cara untuk meningkatkan pasaran domestik dalam kalangan usahawan tempatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya