HomeUtamaMyKasih Kapital Galak Wanita Ceburi Bidang Perniagaan

MyKasih Kapital Galak Wanita Ceburi Bidang Perniagaan

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Pemberian insentif menerusi Program MyKasih Kapital merupakan salah satu usaha bagi menggalakkan golongan wanita berniaga khususnya dalam bidang e-dagang dan perniagaan lain.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, program itu juga mampu memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemic COVID-19 melalui modal perniagaan.

Katanya, ia juga mampu membantu meningkatkan taraf hidup golongan sasar yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.

“Pada tahun hadapan, kementerian saya melalui Belanjawan 2022 diberi peruntukan tambahan sebanyak RM6.25 juta dan kita akan salurkan kepada golongan wanita untuk kita bantu memulakan perniagaan.

“Program ini bukan sekadar untuk menjadikan usahawan perniagaan tetapi lebih kepada motivasi untuk bangkit dan memulakan sesuatu yang baharu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Siri 1 negeri Sabah di sini hari ini.

Rina berkata, inisiatif ini juga memfokuskan kepada aktiviti penjanaan pendpaatan melalui sektor formal dan informal dimana wanita dihubungkan kepada peluang perniagaan atau keusahawanan.

“Dengan pelaksanaan program ini, golongan wanita dilatih dan digalakkan untuk menjana pendapatan dari rumah.

“Insentif bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan serta program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian,” katanya.

Dalam pada itu, Rina berkata, seramai 250 orang peserta dari negeri Sabah menerima bantuan geran MyKasih Kapital YKN bagi tahun ini.

“Pada hari ini saya telah menyampaikan geran kepada 250 orang penerima bantuan dan ini merupakan hasil inisiatif di bawah YKN bagi membantu golongan wanita yang terjejas dan ingin memulakan perniagaan.

“Manakala bagi peserta seluruh negara pula adalah seramai 5,000 orang dan program ini berterusan sehingga tahun hadapan serta dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular