HomeIsu tempatanDegil Jaga Kebersihan, 52 Kutu Sampah Dikompaun

Degil Jaga Kebersihan, 52 Kutu Sampah Dikompaun

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mengeluarkan sejumlah 52 kompaun kepada orang awam yang didapati membuang puntungan rokok dan bahan buangan di beberapa kawasan sekitar bandaraya ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, dari jumlah itu sebanyak 42 kompaun telah dibayar serta merta manakala selebihnya merupakan kompaun berstatus bertempoh.

Katanya, seramai 13 anggota Unit Kawalan Selia (UKS) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK terlibat dalam operasi berkenaan.

“Operasi ini telah menguatkuasakan Undang-Undang (UKK) Anti Sampah Sarap 1984 Bandaraya Kota Kinabalu Pindaan 2005 dengan norma baharu yang telah diadakan selama sembilan hari yang tamat 9 Disember lalu.

“Antara kawasan menjadi tumpuan adalah di bangunan pusat membeli-belah Center Point, kawasan komersial Kampung Air dan Pusat Perniagaan Inanam (IBC),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, operasi itu akan terus dijalankan untuk memberi kesedaran kepada orang awam yang masih degil dan khilaf dalam menjaga kebersihan bandaraya terutama di tempat-tempat awam.

Katanya, pihaknya turut menyeru agar warga bandaraya lebih bijak membelanjakan wang untuk perkara yang lebih berfaedah dari menggunakannya membayar kompaun atas kesalahan yang boleh dikawal dengan mudah oleh setiap individu.

“Gunakanlah kemudahan tong-tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah anda,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular