HomeUtamaRegatta Lepa Usaha Hidupkan Budaya & Cara Hidup

Regatta Lepa Usaha Hidupkan Budaya & Cara Hidup

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Pesta Regatta Lepa pada tahun ini lebih berfokuskan kepada usaha untuk mengabadikan budaya dan cara hidup.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna (PEKAS), Datuk Seri Nasir Sakaran Dandai berkata, cerita atau kisah kepahlawanan masyarakat berzaman yang lalu, wajar dicontohi, diteladani dan dihargai.

“Kepahlawanan itu seharusnya dikaitkan dengan tekad, usaha, kepatuhan, keyakinan dan semangat kental menempuh badai halangan dan ombak kegusaran yang sentiasa mendalangi rasa ingin memajukan diri dan masyarakat kita.

“Kita amat bersyukur kerana kesan dari kebijaksanaan kepimpinan dan kerajaan serta kerjasama pada rakyat, maka pandemik COVID-19 semakin dapat dikawal.

“Oleh yang demikian, ini membolehkan sektor ekonomi kembali rancak dan hubungan sosial masyarakat kembali seperti sediakala dalam norma baharu,” katanya semasa menghadiri Majlis Makan Malam Pesta Regatta Lepa 2021 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan aktiviti sempena Pesta Regatta Lepa yang akan diadakan di Semporna pada 16hb Disember hingga 18hb Disember ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan pihak kesihatan dan keselamatan.

Majlis perasmian sambutan Regatta Lepa 2021/2022 disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya