HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Puncak Ilmu Libatkan Pelajar UMS

COVID-19 : Kluster Puncak Ilmu Libatkan Pelajar UMS

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu COVID-19 di Kota Kinabalu membabitkan sebuah institusi pendidikan iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan seorang pelajar lelaki yang didapati positif COVID-19.

Katanya, Kluster Puncak Ilmu itu mendapati 40 orang pelajar dan kakitangan UMS telah dijangkiti selepas saringan kontak rapat dijalankan menjadikan jumlah keseluruhan 41 kes.

“Kes indeks bagi Kuster Puncak Ilmu ini merupakan seorang pelajar lelaki UMS yang tinggal di asrama.

“Saringan keatas kontak rapat mendapati 40 orang pelajar dan kakitangan UMS juga telah dijangkiti menjadikan jumlah keseluruhan 41 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 kembali naik secara mendadak hari ini ekoran kluster baharu yang direkodkan menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 232 kes dengan pertambahan 51 kes berbanding semalam.

Katanya, seramai 215 orang daripada 232 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

“Manakala seramai empat pesakit dalam Kategori 3, tiga pesakit dalam Kategori 4 dan tidak ada kes dalam Kategori 5.

“Sepuluh kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular