HomeUtamaRegatta Lepa 2021 Tampil Kelainan, Belayar Ke Pulau Mabul

Regatta Lepa 2021 Tampil Kelainan, Belayar Ke Pulau Mabul

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Regatta Lepa di Semporna tahun ini bakal menampilkan beberapa kelainan bagi membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali rancak selain pelaksanaan secara norma baharu.

Pengerusi Pelaksana Regatta Lepa Datuk Abdul Hajan Gurimbag berkata, sambutan yang tertangguh hampir dua tahun itu turut diubah corak penganjuran termasuk melaksanakan secara hibrid bagi memastikan tiada penularan COVID-19.

“Sambutan Regatta Lepa tahun ini kita ubah sedikit selaras dengan suasana pandemik COVID-19 dimana kita akan melaksanakan secara mata.

“Selain itu, perayaan kali ini juga akan turut disertai peserta dari Brau Indonesia dan Tawi-Tawi Filipina dimana mereka akan datang menggunakan perahu atau lepa ke Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Regatta Lepa dan Makan Malam di sini semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Abdul Hajan berkata, penganjuran sambutan tahun ini juga akan membawa Lepa belayar ke sebuah pulau terkemuka di Semporna bagi mempromosi sektor pelancongan di daerah berkenaan.

“Sambutan tahun ini akan diadakan bermula 16 Disember ini hingga 18 Disember dimana sambutan akan diadakan di Dewan Masyarakat Semporna dan pada terakhir Regatta Lepa, kita akan belayar di Pulau Mabul iaitu sebuah pusat peranginan pelancongan yang terkenal membawa pelancong.

“Antara lain kita mahu membantu meningkatkan ekonomi sektor pelancongan dengan membawa peserta khususnya dari Indonesia dan Tawi-Tawi ke pulau berkenaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular