HomeIsu tempatanPemimpin Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pengucapan Awam - Andi

Pemimpin Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pengucapan Awam – Andi

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam yang melibatkan para pimpinan mahasiswa/pelajar Sabah, pemimpin/aktivis belia dan badan bukan kerajaan (NGO) serta para penggiat media sosial bertempat di Hotel Palace dekat sini.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Disember hingga 14 Disember 2021 dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Andi Muhamad Suryady Bandy.

Andi dalam ucapan perasmiannya berkata, para pimpinan belia, NGO, pelajar, mahasiswa dan penggiat media sosial merupakan pemimpin di peringkat akar umbi yang perlu memiliki dan menguasai kemahiran dan seni pengucapan awam bagi memudahkan mereka menyampaikan setiap dasar dan polisi kerajaan bagi memastikan rakyat bukan sahaja memahami malah mendapat manfaat daripadanya.

Beliau turut berharap para peserta dapat terus mempraktikkan ilmu yang diperolehi melalui bengkel tersebut dengan mencari platform seperti forum, wacana, syarahan, dialog dan sebagainya.

Terdahulu, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim, dalam ucapannya menyatakan bengkel yang diadakan merupakan sebahagian daripada usaha IKRAR untuk mendekati rakyat khususnya anak muda bagi menyemarakkan lagi kebersamaan antara kerajaan dan rakyat.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Roslie Hussien, seorang fasilitator yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam, komunikasi dan kepimpinan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular