Peter Anthony Diarah Bela Diri Dakwaan Guna Dokumen Palsu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR: Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, memerintahkan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony membela diri dokumen palsu berhubung kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan lima hari bermula 3 Januari depan untuk Anthony membela diri.

Tertuduh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malalap, Sabah, diberi tiga pilihan untuk membela diri dan memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Terdahulu, peguam bela, Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin, yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah seramai tujuh saksi pembelaan akan dipanggil memberi keterengan.

Pada 21 September lalu, pihak pendakwaan telah menutup kesnya selepas 15 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Antara saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil sepanjang perbicaraan kes yang bermula 5 April lalu ialah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Peter diwakili peguam, Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin.

Peter, 50, didakwa sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu surat Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 11 Julai 2014.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *