HomeIsu tempatanYakub Terima Sijil Ijazah Kehormat NBUC

Yakub Terima Sijil Ijazah Kehormat NBUC

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU:  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Yakub Khan antara empat penerima Sijil Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) North Borneo Universiti College (NBUC) tahun 2021.

Yakub yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat LBS Sdn Bhd menerima anugerah sijil ijazah bagi bidang pengurusan dan strategi serta kecemerlangan dan sumbangan beliau terhadap komuniti.

Turut menerima sijil sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Majlis MARA, Datuk Seri Sr Dr Md Alwi Che Ahmad bagi bidang sains politik dan kecemerlangan dan sumbangan beliau terhadap komuniti.  

Dua lagi penerima Sijil Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) bagi bidang Pengurusan  dan strategi ialah Pengarah Urusan merangkap Pemilik Perniagaan Raisul Trading Sdn Bhd, Dr. Omar Raisul As-Salam serta Timbalan Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Dr. Awang Faisal Assyiffa Ag Rahim. 

Penganugerahan berlangsung dalam majlis mini konvokesyen yang disempurnakan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni yang juga merupakan Canselor NBUC, diiringi Presiden Geomatika Edugroup,  Professor Sr Dr Mohaizi  Mohamad.

Hadir sama pada majlis mini konvokesyen di Dewan Istana Seri Kinabalu, hari ini ialah Naib Canselor NBUC, Profesor Dr Fred Chin Yuk Fong dan Timbalan Presiden NBUC, Profesor Madya Doretty R. Jiroh./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya