HomeUtamaPerkenalkan Menu Masakan Tradisional Ke Seluruh Negara - Isteri KM

Perkenalkan Menu Masakan Tradisional Ke Seluruh Negara – Isteri KM

Read Time:1 Minute, 17 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag turut melakukan demo masakan sempena pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita’ peringkat negeri Sabah di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran, di sini pada Rabu.

Dalam pertandingan itu yang disertai sebanyak 18 kumpulan yang terdiri daripada 36 ahli Peladangnita dari seluruh negeri Sabah, Juliah turut berharap program itu mampu meningkatkan kemahiran wanita di negeri ini khususnya dalam masakan tradisional.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu.
Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

Beliau juga berharap Peladangnita yang berkumpul pada program ini dapat bertukar- tukar idea dan pandangan dalam usaha menjana serta meningkatkan semula pendapatan untuk membangun ekonomi keluarga dan negara.

“Saya berharap wakil dari Sabah akan dapat memperkenalkan menu masakan tradisional negeri ini di seluruh negara menerusi pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, bermula pada 21 hingga 23 Disember ini.

Sementara itu, kumpulan peladangnita dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran telah memenangi pertandingan itu sekali gus mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Juliah yang merasmikan majlis itu turut merakamkan tahniah kepada Peladangnita PPK Tuaran dan berharap mereka dapat mengharumkan nama negeri Sabah sekali gus memperkenalkan menu tradisi rakyat negeri ini ke seluruh negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya