HomeIsu tempatanRMC Bakal Buka 2 Cawangan Di Keningau & Lahad Datu

RMC Bakal Buka 2 Cawangan Di Keningau & Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Rafflesia Medical Center (RMC) bakal membuka dua lagi cawangannya di Keningau dan Lahad Datu bagi meluaskan lagi khidmat rawatan pakar di pedalaman Sabah.

Pengarah Urusan RMC Simon Chew berkata, pembinaan kedua-dua hospital itu dianggarkan menelan kos sebanyak RM60 juta dengan menawarkan pelbagai rawatan pakar termasuk pakar sakit puan, kanak-kanak, pembedahan, radiologi, kardiologi, mata dan sebagainya.

“Oleh kerana aspek penjagaan kesihatan yang kurang dan semua hospital swasta berkumpul di Kota Kinabalu, RMC bercadang untuk membuka hospital di kawasan pedalaman Sabah.

“Dalam jangkaan masa dua tahun, RMC akan mewujudkan RMC 2 di Keningau untuk para pesakit di Tenom, Nabawan serta Tambunan.

“Lokasi yang kita cadangkan ialah berdekatan dengan Hospital Daerah Keningau dengan jarak lebih kurang 5 km dengan anggaran kos RM20 juta,” katanya ketika ditemui di Istana Seri Kinabalu disini semalam.

Mengulas lanjut mengenai cawangannya di Lahad Datu atau RMC 3, Simon menjelaskan, pembukaan cawangan berkenaan adalah berdasarkan jemputan serta tajaan sebuah syarikat dari ibu negara.

“Bagi RMC 3 di Lahad Datu, kita akan membuka sebuah hospital berkapasiti 50 katil dengan anggaran kos sehingga RM40 juta.

“Ini kerana kebanyakan pesakit terpaksa pergi ke Tawau dengan perjalanan lebih kurang tiga jam untuk mendapatkan rawatan kesihatan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menurut beliau, kunjungan terbabit bertujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Toh Puan Norlidah sebagai Penaung RMC, di samping membincangkan mengenai pembukaan dua cawangannya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya