HomeUtamaPindaan Perlembagaan Persekutuan Hari Bersejarah Untuk Semua

Pindaan Perlembagaan Persekutuan Hari Bersejarah Untuk Semua

Read Time:2 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 disifatkan sebagai hari bersejarah buat Sabah dan Sarawak serta Malaysia secara keseluruhan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pindaan itu juga merupakan satu kemenangan buat semua khususnya di dua buah negeri Sabah dan Sarawak.

“Selepas 58 tahun pembentukan Malaysia, akhirnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) dalam MA63, ia akan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi rujukan asas hak-hak Negeri Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini hari ini.

Dr Maximus berkata, sebelum ini, hak dan keistimewaan kedua-dua negeri hanya boleh dirujuk sebagai dokumen pra-perlembagaan dan bukan sebagai hak perlembagaan.

Katanya, dengan pindaan yang amat bermakna itu, semua dokumen pra-perlembagaan kini boleh disebut secara langsung sebagai undang-undang dan perlembagaan kerana ini semua merupakan lampiran kepada Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia.

“Hak dan jaminan seperti minyak dan gas, kemajuan ekonomi terutama dalam bidang infrastruktur, pendidikan, kesihatan, agama, budaya dan hak anak negeri, keselamatan, teknologi digital, dan lain-lain kini akan membawa wajaran undang-undang dan tidak boleh diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ini  kerana kami akan mempunyai dokumen undang-undang untuk menyokong dalam tuntutan kami ini.

“Inilah yang telah dinyatakan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada anak muda dan rakyat Sabah sejak 36 tahun lalu sejak penubuhannya,” katanya.

Sementara itu, Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu turut mendedahkan bahawa banyak parti tempatan di negeriini turut berjuang atas platform sama namun tidak semua melihat keperluan untuk memastikan hak rakyat dilindungi di bawah Perlembagaan.

“Sebagai menteri memegang portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet, pasukan saya di Jabatan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin, dan Perdana Menteri kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mereka telah memberikan kepimpinan dan ruang untuk memastikan hasrat dan cita-cita kita bagi memastikan MA63 menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan kerana apabila itu selesai, tiada siapa yang boleh merampas MA63 daripada rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Maximus turut mengiktiraf peranan dan sumbangan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg yang komited untuk memastikan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri menyokong sepenuhnya pindaan ini.

“Kami juga berterima kasih kepada semua pemimpin parti politik di Parlimen khususnya Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan PH, serta ahli parlimen bebas yang mengundi.

“Sudah tentu tugas utama sekarang ialah memastikan syarat perjanjian MA63 akan dilaksanakan.

“Saya yakin pindaan perlembagaan ini akan mengukuhkan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dan Sarawak bekerjasama lebih erat serta menyampaikan hak dan keistimewaan yang terkandung dalam MA63,” katanya..

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya