HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Tempat Kerja Direkodkan Di Sandakan

COVID-19 : Kluster Tempat Kerja Direkodkan Di Sandakan

Read Time:59 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu lagi kluster baharu COVID-19 di Sandakan membabitkan penularan di tempat kerja di Jalan Labuk Batu 7.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan seorang kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang didapati positif COVID-19.

“Saringan kontak rapat turut dijalankan terhadap ahli keluarga dan rakan sekerja.

“Sehingga kini seramai 19 orang lagi telah didapati positif termasuk tiga kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kedudukan kes jangkitan COVID-19 di Sabah telah menampakkan tanda-tanda penstabilan apabila jumlah terbaharu tidak banyak berubah dengan semalam.

Katanya, kes jangkitan yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 224 kes dimana ia merupakan penurunan marginal sebanyak lapan kes berbanding sebelumnya.

“Hampir 97 peratus daripada jumlah kes yang didaftarkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, yang hanya memerlukan pemantauan atau rawatan sama ada di rumah atau PKRC.

“Bagi kategori yang memerlukan rawatan di hospital pula, terdapat 4 pesakit dalam Kategori 3, tidak ada pesakit dalam Kategori 4 dan 2 pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

Katanya, satu pesakit masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya