HomeSukanAtlet Para Sabah Bawa Pulang Dua Pingat Gangsa

Atlet Para Sabah Bawa Pulang Dua Pingat Gangsa

Read Time:2 Minute, 11 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tiga atlet Para Sabah iaitu atlet renang, Brenda Anellia Larry, atlet olaraga, Heronlee Wong dan atlet ping pong, Brady Chin Zi Rong selamat tiba ke tanah air bersama jurulatih mereka dari mewakili acara Sukan Para Remaja Asia Bahrain 2021 yang baru berakhir pada 6 Disember lalu.

Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Untuk Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON Sabah) Tan Hwa Koon merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga atlet para negeri yang beraksi dengan baik dalam acara ini, juga kepada jurulatih masing-masing yang turut berjaya membimbing atlet-atlet mereka, selain dua daripada tiga atlet tersebut yang berjaya membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara olaraga dan ping pong.

Atlet Para Heronlee wong

Tan berkata, bagi acara olaraga, Heronlee Wong telah memenangi pingat gangsa dalam kategori acara lembing F37. Tempat pertama dan kedua masing-masing dimenangi Iraq dan India. Heronlee dilatih oleh seorang guru sekolah merangkap jurulatih, Jesson Hintanau dari SMK Kota Marudu II.

“Manakala pemenang pingat gangsa kedua ialah menerusi acara ping pong, Brady Chin Zi Rong. Beliau dibimbing oleh Jurulatih Para kampung halamannya Thien Teck Leong di Kota Kinabalu, Brady juga turut dibimbing oleh jurulatih Kebangsaan Muhd ​​Shakirin Ibrahim semasa di Bahrain. Brady berada di belakang pemain dari Jepun (emas) dan Iran (perak),”kata Tan.

Menurut Tan, bagi acara renang, Brenda Anellia Larry tiada pingat dianugerahkan kerana penganjur telah memutuskan untuk menganugerahkan pingat hanya sekiranya empat perenang dari dua negara mengambil bahagian. Malangnya hanya tiga perenang dari tiga negara mengambil bahagian.

“Bagaimanapun, prestasi Brenda telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila dia memecahkan rekod peribadinya, memperoleh mata tertinggi dan juga layak ke dua acara 100m gaya bebas dan 50m kuak lentang Kejohanan Renang Para Dunia akan datang yang akan diadakan di Portugal 2022 seperti yang dimaklumkan oleh jurulatihnya, Eva Wong Hie Ming yang membimbingnya di Bahrain baru-baru ini,” jelas Tan.

Tan amat kagum dengan keputusan tersebut dan berharap Kementerian Belia dan Sukan Sabah membenarkan semua atlet para dan normal negeri melakukan latihan di peringkat negeri.

” Ini kerana kita mempunyai semua jurulatih bertauliah dan kemudahan sukan yang cemerlang yang disediakan oleh kerajaan. Menghantar atlet ke Semananjung agak bermasalah kerana pelbagai sebab.

“Justeru, bagi atlet kita untuk berlatih di tempat sendiri adalah wajar kerana mereka berada berhampiran keluarga mereka dan akan dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik serta memerlukan semua perhatian apabila diperlukan. Atlet perlu menghadiri latihan berpusat tiga minggu sebelum pergi ke sebarang kejohanan antarabangsa.

“Keputusan lepas juga telah membuktikan bahawa latihan di negeri sendiri telah melahirkan ramai atlet para antarabangsa seperti atlet olaraga, Jonathan Wong Kar Gee, atlet badminton, Didin Taresoh, atlet renang, Brenda Anellia Larry dan ramai lagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular