HomeIsu tempatanPenerbitan Buku Langkah Awal Penyelidik Sebarluas Maklumat Kepada Rakyat

Penerbitan Buku Langkah Awal Penyelidik Sebarluas Maklumat Kepada Rakyat

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Pelancaran buku Perpindahan Ibu Kota Indonesia Ke Kalimantan: Implikasinya Ke Atas Negeri Sabah, Malaysia merupakan langkah awal penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyebarluas maklumat yang ditemukan dilapangan melalui penyelidikan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM.Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, kupasan idea dalam penulisan buku ini diharap memberi input berguna kepada pihak berkepentingan dalam membangunkan dasar berkait soal perpindahan ibu kota Negara (IKN).

“Kerjasama penyelidikan Malaysia-Indonesia dari sudut pandang penyelidik UMS amat kritikal dalam memahami prospek perpindahan IKN.

“Justeru itu, penyertaan rakan-rakan dari beberapa universiti terkemuka di Indonesia, merupakan sinergi baharu ruang lingkup penyelidikan dalam mendepani proses perpindahan yang akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Perpindahan Ibu Kota Indonesia Ke Kalimantan: Implikasinya Ke Atas Negeri Sabah, Malaysia secara maya disini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Taufiq berkata, pihaknya yakin kerjasama yang erat antara para ilmuwan di kedua-dua buah negara bagi memastikan perpindahan IKN itu kelak akan memberi kesan menang-menang kepada kepulauan Borneo keseluruhannya.

“Perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan merupakan detik bersejarah bukan sahaja kepada Indonesia, tetapi juga Malaysia khususnya Sabah yang mempunyai hubungan rapat, ekoran daripada kedudukan geografi yang bersempadan dengan Kalimantan di sebelah utara.

“Para penyelidik dari UMS melihat bahawa prospek perpindahan ini perlu difahami dengan cermat dan berhati-hati.

“Hal yang demikian kerana perpindahan ibu kota sebuah kuasa serantau di Asia Tenggara ini kelak, bakal menjadi game changer kepada perkembangan dan perubahan geopolitik, geostrategik dan geoekonomi yang berlaku di wilayah ini,” katanya.

Sementara itu, Taufiq berkata, buku itu merupakan salah satu hasil penyelidikan oleh sekumpulan penyelidik UMS melalui geran penyelidikan dalaman UMS, SDK0119-2019 di bawah tajuk Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan: Implikasinya ke atas negeri Sabah, Malaysia.

Katanya, penerbitan buku itu turut memuat hasil penulisan daripada ahli-ahli akademik universiti tempatan di Malaysia dan juga Indonesia.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular