Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir.Abdul Nasser Abdul Wahid bergambar bersama para penerima sumbangan Program Ceria Ke Sekolah (CKS) TNB/SESB.

Kerajaan GRS Komited Beri Bantuan Khas Pendidikan Untuk Golongan Memerlukan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:3 Minute, 1 Second

TUARAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang komited terhadap agenda pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat akan meneruskan beberapa bantuan khas pendidikan kepada golongan yang memerlukannya di Sabah tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan GRS itu bertujuan untuk memastikan setiap anak Sabah mempunyai akses dan tidak dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan Program CKS kepada pelajar sekolah sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir.Abdul Nasser Abdul Wahid (kiri). - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan Program CKS kepada pelajar sekolah sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir.Abdul Nasser Abdul Wahid (kiri). – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata,dalam Belanjawan Sabah Tahun 2022, Program Bantuan Sosial Sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan alat tulis akan diteruskan tahun hadapan yang melibatkan 289,204 murid dengan peruntukan sejumlah RM13.9 juta.

“Kerajaan Negeri GRS juga akan meneruskan dua lagi bentuk bantuan khas pendidikan yang diperkenalkan tahun lalu iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang melibatkan peruntukan masing-masing sebanyak RM10 juta dan RM7.5 juta.

“Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan dan melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Melalui BISTARI, setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula tahun 2022 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan sejumlah RM100 yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri”, katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Taqwa Kg.Laya-Laya, Tuaran. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Taqwa Kg.Laya-Laya, Tuaran. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Masjid Haji Noor, Kampung Serusop. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Masjid Haji Noor, Kampung Serusop. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Angkat SESB SK Lokub, Kiulu,Tuaran.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Angkat SESB SK Lokub, Kiulu,Tuaran. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Ceria Ke Sekolah (CKS) Tenaga Nasional Berhad (TNB)/Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Sulaman, Sumbangan Program Sekolah Angkat SESB, Sumbangan Kepada Asnaf, lima Buah Masjid dan empat Buah Pusat Maahad Tahfiz Daerah Tuaran.

Penyerahan sumbangan tersebut diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau SAMA Sabah, Kampung Lok Batik, dekat sini, hari ini.

Selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah, Kerajaan GRS telah perkenalkan pelbagai Bantuan Khas Pendidikan tahun lalu iaitu BUDI dan BAKTI, bagi meringankan beban rakyat di negeri ini.

Selain itu katanya, pemberian komputer riba membabitkan peruntukan RM15 juta turut diberi khusus untuk pelajar menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini. Menurutnya, pengagihan 10,000 komputer riba ini adalah menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) yang bermula pada Julai hingga Oktober lalu.

“Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)”, tambahnya.

Mengulas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh TNB/SESB untuk DUN Sulaman dan daerah Tuaran, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh penglibatan syarikat swasta, individu berkepentingan dan badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di negeri ini.

Katanya, komitmen itu diperlukan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan di seluruh negeri.

“Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagi syarikat swasta, NGO dan orang persendirian akan turut melaksanakan program CSR di negeri ini”, katanya.

Beliau yakin usaha murni TNB dan SESB ‘memberi semula kepada masyarakat’ akan memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak untuk mempersiapkan diri dalam pembelajaran di sekolah.

Menurutnya, tanggungjawab sosial korporat ini tidak sepatutnya satu konsep bermusim kerana masih ada lagi rakyat yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, terutama selepas pandemik COVID-19 melanda negara lebih setahun
lalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *