COVID-19 : Kes Jangkitan Semakin Stabil

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah semakin stabil dengan jumlah kes kumulatif harian kembali dibawah paras 200 kes iaitu sebanyak 195 kes direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 29 kes berbanding semalam.

“Pada hari ini Kota Kinabalu kembali mencatat kes tertinggi di Sabah dengan 34 kes, diikuti oleh Tuaran dengan 29 kes, Penampang 18, Ranau 16, Kota Belud 16, Papar 11 dan Kuala Penyu 10.

“Sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes harian satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tiga daerah, yakni Putatan, Kunak dan Semporna,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daripada 195 orang pesakit baharu hari ini, seramai 187 orang berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang dalam Kategori 3, juga dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

Katanya, kes yang melibatkan tiga pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Dengan mengambilkira kedudukan kes COVID-19 diseluruh negara pada hari semalam, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi Malaysia ialah 0.92, dan bagi negeri Sabah, 0.84,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *