HomeUtama250 Orang Sertai Purple Ride with Toh Puan Sabtu Ini

250 Orang Sertai Purple Ride with Toh Puan Sabtu Ini

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R M Jasni bersama isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag akan mengetuai acara berbasikal ‘Purple Ride with Toh Puan’ sejauh 12.5 km anjuran Puspanita Sabah pada Sabtu ini.

Presiden Puspanita Sabah, Datin Seri Dr Nuinda Alias berkata, acara berbasikal itu bermula dari Maktab Sabah ke Rumah Puspanita di Tanjung Aru seterusnya tamat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Menurut Nuinda, kira-kira 250 peserta akan menyertai program tersebut.

Nuinda yang juga merupakan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong berkata demikian selepas mengetuai rombongan Puspanita Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag di sini pada Khamis.

Selain menjemput dan memberi taklimat kepada Juliah mengenai program ‘Purple Ride with Toh Puan’, beliau berkata ia merupakan lawatan rasmi pertama jawatankuasa Puspanita Sabah kepada Juliah yang telah dilantik sebagai penaungnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya