HomeUtamaMaritim Malaysia Tahan 5 Kru Warga Asing, Tiada Dokumen

Maritim Malaysia Tahan 5 Kru Warga Asing, Tiada Dokumen

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan menahan lima lelaki tanpa dokumen pengenalan diri yang bekerja di atas bot pukat tunda pagi semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli berkata, bot pukat tunda tersebut ditahan di perairan Kota Kinabalu pada kedudukan 0.73 batu nautika utara Pulau Manukan sekitar jam 11.00 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang juragan bersama empat kru bot pukat tunda terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka berusia lingkungan 17 hingga 29 tahun dan disyaki warga Indonesia.  Bot pukat tunda, juragan dan kru telah ditahan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, juragan dan kru bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga dikenakan sehingga enam sebatan.

“Maritim Negeri Sabah dan Labuan akan terus meningkatkan operasi mengekang kemasukan PATI berikutan beberapa kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan melalui sektor ekonomi dan sosial.

“Maritim Malaysia turut memandang serius kepada aktiviti jenayah laut yang lain seperti penyeludupan, pencerobohan bot nelayan asing dan aktiviti pengemboman ikan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya