HomeUtamaFAMA & AORB Group Meterai MoU

FAMA & AORB Group Meterai MoU

Read Time:2 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengorak langkah proaktif dengan memperluaskan lagi skop pemasarannya menerusi Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAMA Corporation Sdn. Bhd. (FAMACorp.) dengan Syarikat Alpha Ocean Resources Berhad (AORB) Group.

FAMA dalam satu kenyataan berkata, FAMACorp. merupakan anak syarikat kepada FAMA, sebuah agensi pemasaran di bawah MAFI.

Syarikat ini telah diperbadankan pada 15 Ogos 1994 dan berperanan antara lainnya sebagai pemangkin supaya pemasaran komoditi, produk keluaran pertanian dan industri asas tani dapat berkembang di dalam dan luar negara yang seterusnya mampu meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat yang lebih baik.

Manakala AORB Group merupakan Pengusaha Kapal Tuna berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan kini mempunyai 4 buah kapal C3 yang berlesen, dan tahun hadapan bilangan kapal yang berlesen akan bertambah memandangkan AORB telah diluluskan permit sebanyak 16 unit.

Pada tahun 2022, melalui kerjasama ini, FAMA dijangka boleh membekal kepada 60 buah kapal C3 yang beroperasi ke Lautan Hindi, dengan nilai potensi perbekalan produk agromakanan oleh FAMA sebanyak RM3 juta atau RM50 ribu/kapal.

AORB Group yang berpengkalan di Pelabuhan Batu Maung, Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan FAMA bagi urusan perbekalan keperluan barangan makanan (sayur/buah/runcit dan pelbagai) bagi keperluan operator-operator kapal penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi.

Pada 2 November lalu, FAMACorp. telah membuat pra perbekalan stok bekalan makanan kepada AORB Group berjumlah RM 35,000 kepada dua buah kapal tuna (IBU WIRA 1 & IBU WIRA 2).

Stok bekalan makanan ini melibatkan 56 Stock Keeping Unit (SKU). Perbekalan stok makanan melalui pusat borong FAMACorp. Bukit Mertajam ini akan memberikan manfaat kepada usahawan tempatan.

Menyedari akan potensi dan faedah yang akan diperolehi bersama dalam kolaborasi strategik ini di bawah rangka kerja persahabatan, FAMACorp. dan AORB telah menjalinkan kerjasama strategik melalui MoU dalam pembekalan keluaran pertanian dan bekalan makanan bagi kepentingan bersama.

Antara skop kerjasama FAMACorp. dan AORB Group termasuk memudahcara pembekalan stok makanan melalui apa-apa kaedah, luang, platform dan seumpanya selain mewujudkan platform perkongsian maklumat dalam bidang pembekalan stok makanan, logistik serta aspek teknikal.

Selain itu, ia juga dapat memberikan mana-mana pihak terutamanya usahawan FAMACorp. usahawan AORB Group akses kepada bekalan dan pengeluaran makanan serta apa-apa bentuk jalinan kerjasama yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-belah pihak.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Faidz Afizi Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn. Bhd. dan Simon Pua, Pengarah Eksekutif Syarikat Alpha Ocean Resources Berhad serta telah disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya