HomeIsu tempatanPIPWS Sedia Pelan Strategik Induk Pembangunan Wanita

PIPWS Sedia Pelan Strategik Induk Pembangunan Wanita

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Bengkel Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah (PIPWS) menyediakan pelan strategik induk pembangunan wanita untuk 10 tahun bagi tahun 2023 hingga 2032.

Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, bengkel selama dua hari itu diadakan bagi mengenal pasti kelemahan yang dapat diperbaiki selain program yang boleh dianjurkan bagi wanita-wanita di negeri ini.

“Bengkel pertama diadakan bagi menggubal draf dengan isu-isu dan strategi-strategi yang berkaitan berdasarkan 17 teras yang ada.

“Fokus utama adalah brainstorming bersama peserta bagi mendapatkan info, pandangan serta cadangan dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi terhadap keperluan perubahan pelan terdahulu selepas pandemik melanda.

“Pelan sedia ada hanya untuk lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2022. Berdasarkan input yang diterima, kita menjangka PIPWS akan siap sepenuhnya menjelang Julai 2022,” katanya ketika ditemui media di Ballroom Wisma Wanita, pada Rabu.

Untuk rekod, PIPWS merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan diadakan selama dua hari daripada 14 hingga 15 Disember dengan penyertaan 62 orang peserta.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sosial merangkap Ketua Penyelaras Program, Profesor Madya Dr Muhammad Idris Bullare@Bahari, Timbalan Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, Ahli-ahli AJK dan JKK MPWS, Ketua-ketua bahagian JHEWA, Wakil-wakil dari lebih 20 Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Universiti serta persendirian.- PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular