COVID-19 : Sabah Kembali Catat Peningkatan Kes Jangkitan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali mencatatkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 selepas beberapa hari merekodkan penurunan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan kes hari ini adalah sebanyak 71 kes menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 237 kes pada hari ini.

“Kumpulan empat serangkai masih lagi menjadi antara daerah yang mendominasi kes tertinggi di Sabah dengan Kota Kinabalu 41 kes, Tuaran 23 kes, Ranau 22 kes dan Papar, Penampang dan Kota Belud masing-masing sebanyak 19 kes.

“Manakala Putatan merekodkan sebanyak 15 kes, Keningau 12 kes dan Tenom 11 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 14 daerah lain mencatatkan kes satu angka sahaja dan empatdaerah lagi mencatatkan sifar kes.

Katanya, pada hari ini, hanya lima daerah mencatatkan penurunan kes baharu dan 18 daerah lain mencatatkan peningkatan.

“Namun hanya Kota Belud yang menunjukkan peningkatan ketara dengan dua  angka, yakni 17 kes lebih tinggi berbanding semalam.

“Empat daerah lagi mengekalkan catatan sebagaimana semalam,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, seramai 228 pesakit atau 96.2 peratus daripada jumlah kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Katanya, tiga orang berada dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan tiga pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *