HomeIsu tempatanToh Puan Norlidah Mengetuai Purple Ride With Toh Puan

Toh Puan Norlidah Mengetuai Purple Ride With Toh Puan

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Isteri Yang DiPertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni hari ini, mengetuai Program Purple Ride With Toh Puan.

Program kayuhan basikal sejauh 12.5 km itu merupakan anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Maktab Sabah.

Lebih 300 pengayuh menyertai riadah berbasikal yang bermula di Maktab Sabah menuju ke Wisma Puspanita di Tanjung Aru dan berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Sementara, acara pelepasan program tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Sabah, Datuk Fatimah Sarah Ahmad Noor.

Turut serta dalam program terbabit ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, Pengerusi PUSPANITA Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Junainah Abbie.

Program yang diinspirasikan oleh Toh Puan Norlidah bertujuan untuk menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan ahli persatuan dan peserta, menggalakkan penglibatan penjawat awam wanita kerajaan negeri dengan aktiviti anjuran serta mengeratkan ikatan silaturahim.- PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular