Projek ‘LED Advertising Screen’ Bukan LOA KKTP

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Projek ‘LED Advertising Screen’ yang dilaksanakan di beberapa buah daerah dan bandar di negeri ini adalah merupakan projek swasta.

Projek itu dilaksanakan diantara Yayasan Bumiputera Sabah (YBS) sebuah agensi kerajaan dengan syarikat swasta bumiputera tempatan Sabah yang telah dilantik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YBS Asno Muda Amat berkata, projek itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Perbandaran dan Majlis-majlis Daerah.

“Oleh demikian, pihak kami ingin menegaskan bahawa projek ini tidak pernah dianugerahkan ‘Letter of Award’ daripada Kementerian Perumahan Dan Tempatan Sabah (KKTP).

“Projek ini merupakan usaha murni pihak YBS untuk mempertingkatkan lagi prasarana di seluruh negeri selaras menjunjung slogan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Asno berkata, pihaknya berasa kesal terhadap perkara yang berbangkit berkaitan pelaksanaan projek ‘LED Advertising Screen’ berkenaan.

“Di pihak YBS, kita akan mengambil langkah untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan sama ada dari segi proses dan komunikasi berhubung pelaksanaan projek ini agar segalanya berjalan lancar demi pembangunan dan kesejahteraan Sabah.

“Pihak kami sentiasa terbuka dengan cadangan penambahbaikan agar pembangunan di Sabah terus dapat memberi impak yang baik kepada kemajuan Sabah serta membentuk gandingan kukuh dengan pihak Kerajaan Negeri dan YBS,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *