COVID-19 : Kes Jangkitan Terendah Sejak Mei Lalu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan kes jangkitan COVID-19 yang terendah sejak Mei tahun ini dengan jumlah kumulatif harian sebanyak 122 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah terbaharu itu merupakan penurunan sebanyak 67 kes berbanding angka semalam.

“Daerah Ranau melonjak ke kedudukan teratas  sebagai daerah yang paling  banyak kes harian, iaitu sebanyak 21 kes, jumlah yang sama seperti angka semalam.

“Ia diikuti Kota Belud (19), Kota Kinabalu (19) dan Tuaran (16) manakala daerah-daerah lain semua mencatat kes baharu satu angka sahaja dengan lapan daerah tanpa kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, banyak daerah mencatat jumlah kes baharu yang lebih rendah dengan empat daripadanya menunjukkan penurunan yang agak signifikan iaitu Kota Kinabalu -14 kes, Tuaran -14 kes, Papar -12 kes dan Penampang -10 kes.

Katanya, lapan daerah lain mencatatkan peningkatan kes harian dan enam daerah pula mengekalkan catatan sebagaimana semalam.

“Seramai 118 daripada 122 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, tiada kes dalam Kategori 3, seorang masing-masing dalam Kategori 4 dan 5.

“Kes yang melibatkan dua pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *