HomeIsu tempatan363 Penuntut Kolej SIDMA Tamat Pengajian

363 Penuntut Kolej SIDMA Tamat Pengajian

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Seramai 363 penuntut Kolej SIDMA berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen ketujuh yang berlangsung selama dua hari sehingga esok.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kecemerlangan graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh pandemic COVID-19 selain mengikuti sesi pembelajaran dalam talian merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan.

“Saya dapat merasakan keperitan dan kesukaran para graduan kerana buat kali pertamanya kita berdepan pandemik sebegini rupa yang memaksa proses pengajaran dan pembelajaran untuk diadakan secara dalam talian.

“Semua institusi pendidikan, sama ada sekolah mahupun kolej diarahkan untuk menutup operasi seketika dan semua pembelajaran dilakukan secara dalam talian, namun akhirnya hari ini, graduan-graduan kita telah membuktikan bahawa usaha keras pasti membuahkan hasil, walaupun dugaan datang tanpa di duga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ketujuh Kolej SIDMA di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Kolej SIDMA, Dr Morni Kamrie ketika berucap turut mengingatkan para graduan untuk sentiasa mengingati asal usul dan tidak melupakan jasa keluarga.

Katanya, pengorbanan ibu bapa adalah suatu bentuk kasih sayang yang tidak dapat ditukar ganti dan anak-anak yang sudah berjaya wajar membalas jasa ibu bapa.

“Selepas bergraduasi, perlu terus ingat segala pengorbanan ibu bapa, jasa mereka tidak dapat diukur dengan nilai apa pun, jadilah anak yang berbakti kepada mereka selepas berjaya, bantulah adik-beradik yang juga menjadi tulang belakang kepada kejayaan anda semua.

“Saya juga ingin para graduan SIDMA untuk terus menimba ilmu dan tidak berhenti untuk menambah segala pengetahuan kerana ilmu adalah perjuangan yang perlu kita teruskan, walaupun anda sudah memasuki alam pekerjaan kelak,” katanya.

Dua graduan dinobatkan sebagai pelajar terbaik, Damien Godrey bagi Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Nur Qerina Hanisa Abdul Halim bagi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya