HomeUtamaSOS Heart Fund Berjaya Kutip RM57,283 Bantu Pesakit Terima Rawatan

SOS Heart Fund Berjaya Kutip RM57,283 Bantu Pesakit Terima Rawatan

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU:  Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOS Heart Fund) berjaya mengutip dana sebanyak RM57,283 dalam satu program khas yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Dana itu akan digunakan bagi menampung kos rawatan pembedahan jantung tiga orang kanak-kanak dari keluarga tidak berkemampuan.

Presiden SOS Heart Fund Datuk Eva Susau berkata, pihaknya berharap lebih ramai orang akan tampil untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban para pesakit.

“Pihak kita mensasarkan sejumlah RM150,000 untuk menampung kos pembedahan Herlena,8 dan Hisyam,9 bulan serta Faizal.

“Faizal semalam (19 Disember) telah tiba di sini selepas berjaya mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, diharapkan sempena dengan sambutan Hari Natal 2021, sumbangan orang awam adalah hadiah terbaik kepada kanak-kanak ini.

Katanya, pada 6 Disember lalu, SOS Heart Fund telah dimaklumkan oleh doktor pakar dan Unit Kebajikan dari hospital di sini mengenai keadaan Faizal yang semakin serius.

“Penerbangan dan keperluan rawatan disediakan pada 8 Disember kerana memerlukan pembedahan segera untuk meneruskan kehidupan.

“Faizal dan ibunya bimbang tetapi sangat berterima kasih kerana SOS Heart Fund tampil ke hadapan untuk menaja segala perbelanjaan pembedahan itu sepenuhnya,” katanya.

Katanya, Faizal pada 8 Disember kemudian diterbangkan ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pembedahan itu kerana jantungnya semakin lemah setiap hari.

Menurutnya, selepas rawatan itu, Faizal semakin pulih dan diterbangkan balik di sini bagi mendapatkan rawatan susulan dan penjagaan rapi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada para penderma sangat murah hati yang menonton sambutan ulang tahun SOS Heart Fund secara langsung menerusi Facebook kelmarin,” katanya.

Mereka yang bermurah hati boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank persatuan menerusi CIMB 8005716221 atau Maybank 5101 4311 2262.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular