Antara warga Kapayan yang mendapatkan perkhidmatan mengunting rambut dalam program itu di Pejabat STARSabah bahagian Kapayan, Kota Kinabalu.

Gunting Rambut Percuma ‘Hadiah Krismas’

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Satu program kebajikan iaitu menggunting rambut secara percuma kepada golongan yang memerlukan di kawasan Kapayan telah dilaksanakan oleh seorang pemilik sebuah pusat kecantikan dekat sini.

Menurut Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jafery Jomion, kerana prihatin dengan golongan yang memerlukan maka program kebajikan itu adalah ‘hadiah’ sempena hari Natal yang bakal disambut pada hujung minggu ini.

Jafery (berbaju biru) bersama sebahagian sukarelawan yang menjayakan program perkhidmatan potong rambut secara percuma di di Pejabat STARSabah bahagian Kapayan, Kota Kinabalu.
Jafery (berbaju biru) bersama sebahagian sukarelawan yang menjayakan program perkhidmatan potong rambut secara percuma di di Pejabat STARSabah bahagian Kapayan, Kota Kinabalu.

“Program ini dianjurkan oleh seorang pengusaha salon kecantikan yang juga merupakan Bendahari Sayap Wiranita Bahagian Kapayan.

“Penduduk di kawasan Kapayan di bawah Parlimen Penampang terutama kanak-kanak menerima hadiah sempena perayaan Krismas iaitu mendapat perkhidmatan memotong rambut secara percuma terutama kanak-kanak, warga emas dan golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika menghadiri program gunting rambut secara percuma yang diadakan di Pejabat STARSabah bahagian Kapayan, di sini, semalam.

Jafery berkata, lagi, program itu tidak akan terhenti setakat itu saja sebaliknya akan diteruskan di sekolah, pusat jagaan orang tua dan juga anak yatim dalam masa terdekat.

“Menyedari keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi, program ini akan diteruskan dalam masa terdekat bagi membantu mengurangkan beban keluarga di kawasan ini.

“Bayangkan sekiranya satu keluarga dapat jimatkan RM50 sebulan untuk perbelanjaan potong rambut dan sudah semestinya wang itu boleh dijadikan sebagai simpanan atau digunakan untuk keperluan harian,” katanya.

Sementara itu, pemilik pusat kecantikan dikenali sebagai Katty memaklumkan bahawa beliau dibantu oleh enam sukarelawan yang juga ‘hair stylist’ dalam program berkenaan.

“Walaupun sumbangan ini tidak seperti kebanyakkan program kebajikan yang lebih tertumpu kepada barangan bakul makanan dan kewangan tetapi kami percaya ada lagi rakyat yang mahu dibantu melalui cara lain.

“Sebab itu kami menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada rakyat yang memerlukannya dengan secara percuma,” katanya.

Terdahulu, turut menjayakan program ini, Ketua Wiranita Bahagian Kapayan, Debby Jayne dan Timbalan Setiausaha Bahagian Mitchell.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *