Mangsa Kebakaran Di Kampung Malawa Akan Dibantu

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Keluarga mangsa kebakaran di Kampung Malawa, Jalan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang terjejas dalam kebakaran disini malam tadi akan dibantu dengan kadar segera.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan ketika melawat lokasi kejadian malam tadi.

Katanya, beliau turut melahirkan perasaan simpati kepada mangsa kebakaran sekali gus berharap agar mereka tabah menghadapi dugaan.

“Kita akan berusaha membantu mangsa kebakaran ini memandangkan mereka tidak mempunyai tempat perlindungan serta terpaksa menumpang sementara di rumah kaum keluarga terdekat mereka.

“Kebakaran ini sudah tentu menjejaskan kehidupan seharian mereka dalam menghadapi suasana sambutan tahun baharu sekali gus menjelang musim persekolahan awal tahun depan,” katanya.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya akan mengarahkan Pejabat Pemimpin Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai untuk mengenalpasti keperluan bagi membantu keperluan mangsa kebakaran.

“Pada peringkat awal kita akan usahakan menyalurkan keperluan harian kepada mangsa kebakaran kemudian akan membantu mereka untuk mendirikan semula rumah mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *