HomeUtamaCOVID-19: Jemaah Umrah Cetus Kluster Import

COVID-19: Jemaah Umrah Cetus Kluster Import

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu COVID-19 membabitkan seorang lelaki yang baru balik daripada menunaikan umrah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks berkenaan dikesan positif selepas saringan dibuat di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Disember lalu.

Katanya, saringan yang dibuat dikalangan ahli rombongan umrah dan kontak rapat mendapati 10 orang lagi telah dijangkiti menjadikan jumlah sebanyak 11 kes sehingga kini.

“Terdapat satu kluster baru di Sandakan iaitu Kluster import, Kluster Millenium Saudi melibatkan seorang lelaki yang baru kembali daripada ibadah umrah.

“Saringan PCR telah dibuat di pintu masuk KLIA setibanya indeks kes pulang dari Saudi, sebelum beliau menyambung penerbangan domestik ke Sandakan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, lelaki berkenaan seterusnya menjalani kuarantin wajib di rumah di Sandakan dan dimaklumkan keputusan saringan PCR adalah positif pada 17 Disember lalu.

“ Tindakan rawatan yang sesuai telah diambil keatas semua yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah kembali merekodkan kes jangkitan atas paras 200 kes iaitu sebanyak 202 kes pada hari ini dengan pertambahan 46 kes berbanding semalam.

Katanya, sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dengan tiga daerah menunjukkan peningkatan ketara iaitu Kota Kinabalu +15 kes, Tuaran +13 kes dan Ranau +10 kes.

“Tujuh daerah mencatatkan penurunan kes yang didahului oleh Penampang dengan -11 kes. Tujuh lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Kota Kinabalu merekodkan kes baharu tertinggi dengan 43 kes, diikuti oleh Tuaran dengan 31 kes, Ranau 17 kes, Sandakan  17 kes, Kota Belud 15 kes dan Beaufort 10 kes.

“Sebanyak 17 daerah lain merekodkan kes pada kadar satu angka sahaja sementara empat daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, seramai 197 orang daripada 202 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja, satu kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

“Jabatan Kesihanatan Negeri Sabah (JKNS) masih membuat penilaian keatas satu kes lagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya