Datuk Bandar Datuk Noorliza Awang Alip (kiri) memberi taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengenai rancangan Dewan Bandaraya

Dewan Bandaraya Bentang Pelan Strategik Bagi Bandaraya Kota Kinabalu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:27 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai pelbagai pelan strategiknya untuk bandaraya itu, mulai tahun depan.

Taklimat itu disampaikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip yang mengetuai rombongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, di Menara Kinabalu di sini, pada Rabu.

Antara kertas kerja yang dibentangkan kepada Ketua Menteri ialah Pelan Strategik Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu (2022-2026) dan Pelan Strategik DBKK (2022- 2027).

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *