HomeSukanPasukan Pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022 Selesai Latihan Di Gunung Kinabalu

Pasukan Pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022 Selesai Latihan Di Gunung Kinabalu

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Pasukan Pendakian Keluarga Malaysia Everest 2022 selesai menamatkan latihan selama lima hari empat malam di Gurkha Hut Gunung Kinabalu.

Ketua pasukan, Azim Afif berkata, latihan pendakian itu bertujuan untuk menawan puncak Gunung Everest pada April 2022.

Katanya, misi pendakian itu turut melibatkan 11 pendaki yang diwakili beberapa kaum utama di negara ini termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mulai 8 April depan.

“Pasukan kita dijangka akan berlepas ke Nepal pada 8 April 2022 dan akan disertai oleh wakil kaum Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, OKU serta wakil dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Ini merupakan pertama kali kita gabungkan wakil pelbagai kaum dan OKU yang akan menyertai misi menawan puncak Everest,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, semalam.

Azim berkata, misi pendakian itu turut ingin menyampaikan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia melalui aktiviti sukan dan kehidupan.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan hormat pihak pengurusan REPSOL Malaysia yang diketuai Pengurus Kanan Perhubungan Pemegang Taruh, Ahmad Fakhrurrazi Arshad.

Pada kunjungan berkenaan, REPSOL menyampaikan sumbangan berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) dan disampaikan kepada Pengerusinya, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya