HomeUtamaKerajaan Pusat Diminta Beri Penekanan Pembangunan Di Sabah

Kerajaan Pusat Diminta Beri Penekanan Pembangunan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Pusat diminta untuk memberi penekanan terhadap pembangunan di Sabah khususnya yang melibatkan kemudahan asas agar negeri itu dapat membangun seiring dengan negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata peruntukan yang lebih besar berbanding sebelumnya perlu diberikan kepada Sabah dengan mengambil kira faktor geografi negeri tersebut.

“Isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini khususnya di luar bandar membabitkan insfrastruktur asas seperti bekalan air, jalan raya dan elektrik agak kritikal dimana pembangunan ini sangat penting selain memerlukan peruntukan yang agak besar untuk dilaksanakan.

“Kemudahan asas merupakan keperluan utama rakyat Sabah, ianya memerlukan peruntukan yang agak besar yang tidak mampu disediakan oleh kerajaan negeri sebagai contoh untuk membaiki dan menaik taraf bekalan air bersih sahaja kita memerlukan sekitar 27 bilion untuk memulihkan  kerosakan pada loji air di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Dato’ Ramlan Harun di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya baru-baru ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, kerajaan Sabah berharap bantuan dari kerajaan pusat dapat disalurkan dengan lebih banyak peruntukan ke negeri ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan memenuhi aspirasi rakyat Sabah dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, peruntukan yang lebih besar  perlu difokuskan juga kepada isu kemudahan air terawat, kerana isu berkenaan telah berlarutan sejak sekian lama dan menjadi isu yang agak kritikal ketika ini selain kemudahan sistem perhubungan jalanraya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut mengemukakan beberapa cadangan dan permohonan kepada KPLB terutamanya untuk kemudahan bekalan air bersih dan jalanraya di Sabah.

“Dengan pertemuan ini kita berharap banyak  masalah dapat di atasi berhubung pelaksanaan projek luar bandar di Sabah terutama pelaksanaan bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar secara beperingkat-peringkat mengikut keutamaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular