HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Bertambah Baik

COVID-19 : Kes Jangkitan Bertambah Baik

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah bertambah baik hari ini dengan jumlah kumulatif harian terbaru sebanyak 161 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kumulatif harian itu merupakan penurunan sebanyak 41 kes berbanding semalam.

“Hanya tujuh daerah mencatat jumlah kes baharu dua angka iaitu, Tuaran (27), Kota Kinabalu (24), Papar (12), Penampang (12), Kota Belud (12), Putatan (11) dan Sandakan (10).

“Enam daerah masing-masing mencatat satu kes sahaja hari ini dan tidak ada kes baharu di tiga daerah iaitu Kunak, Sipitang dan Kalabakan,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 155 orang daripada 161 pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Katanya, satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya