HomeUtamaMOTAC Salur Bantuan Kepada Penggiat Industri Seni Dan Budaya

MOTAC Salur Bantuan Kepada Penggiat Industri Seni Dan Budaya

Read Time:2 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) terus menghargai penggiat industri seni yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 dengan mengadakan Program MOTAC Bersama Komuniti @ Lahad Datu, bertempat di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, MOTAC sentiasa komited dalam membantu serta memberi sokongan kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK), para penggiat serta pemain industri bagi merancakkan semula industri seni budaya negara.

Katanya, majlis yang diadakan itu hanya melibatkan penerima di sekitar Lahad Datu selepas mengambil kira pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Antara penerima bantuan pada petang ini adalah terdiri daripada mereka yang aktif dalam bidang seni dan budaya seperti bidang muzik, penulisan, seni visual, sejarah, tarian, seni mempertahankan diri, kraftangan dan warisan kebudayaan.

“Program ini juga bertujuan membantu penggiat-penggiat seni budaya dan warisan melalui bantuan kewangan kepada BBK yang meliputi persatuan-persatuan kebudayaan serta komunti kraf yang melaksanakan dan memartabatkan program-program dan aktiviti berteraskan seni, budaya dan warisan negara.

“Selain itu, sumbangan kepada penggiat-penggiat industri seni dan kraf ini diharap dapat membantu mereka untuk bangkit berkarya semula setelah sekian lama terkesan akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 10 penerima BBK terdiri daripada persatuan etnik seni dan budaya yang menerima peruntukan sebanyak RM3,000 setiap satu.

Turut menerima sumbangan ialah 13 orang komuniti kraf (mewakili 78 penerima) berjumlah RM500 seorang.

Untuk rekod, Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) MOTAC telah meluluskan sebanyak RM280,000 kepada sembilan BBK pada tahun 2019.

Manakala, pada tahun 2020 sebanyak RM105,000 telah diluluskan kepada tujuh BBK untuk negeri Sabah bagi membantu menyemarakkan seni, budaya dan warisan.

Nancy berkata, MOTAC akan meneruskan inisiatif pemberian kebajikan kepada penggiat seni dan budaya pelbagai bidang melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKKPS).

Katanya, berdasarkan statistik KWAKKPS, pada tahun 2019, sebanyak RM 4,000 telah disalurkan kepada dua BBK di Sabah.

“Pada tahun 2020, sebanyak RM3,000 disalurkan kepada tiga BBK negeri Sabah. Manakala, bagi tahun 2021 seramai 29 orang penggiat seni telah menerima bantuan di bawah Tabung KWAKKPS dengan jumlah RM26,100.

“Saya berharap semua pihak akan terus berpadu tenaga dan sama-sama memastikan program dan aktiviti seni budaya dapat terus disemarakkan. Semoga sinergi positif yang wujud pada ketika ini dalam kalangan kita dapat diperkukuhkan lagi.

“Saya juga berharap semua penggiat kebudayaan dapat menyesuaikan diri melaksanakan program atau aktiviti seni budaya dalam suasana norma baharu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya