HomeUtamaJKNS Nafi Organ Dalaman Jenazah Diambil

JKNS Nafi Organ Dalaman Jenazah Diambil

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan kononnya organ dalaman jenazah seorang warga Indonesia yang meninggal di Sabah awal bulan ini diambil ketika bedah siasat.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, pihaknya memaklumkan bahawa tiada organ pesakit yang diambil ketika bedah siasat dijalankan sebelum dihantar pulang ke negara asal seperti yang disiarkan dalam berita Indonesia melalui laman YouTube sejak kelmarin.

Katanya, pesakit bernama Saidiman Hamal,38, itu dijumpai mati di atas kapal pada 1 Disember lalu dan mayat telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth.

“Bedah siasat telah dilakukan pada 7 Disember lalu atas arahan pihak polis dan ini merupakan prosedur bagi semua kematian BID (Brought In Dead).

“Pihak hospital telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa pesakit ini tidak mempunyai waris terdekat di Malaysia,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Rose Nani berkara, walaubagaimana pun, pihak polis berjaya mengesan beberapa orang yang mengaku bahawa mereka adalah saudara kepada pesakit dan mereka juga kenal dengan waris terdekat di Indonesia.

Katanya,  salah satu saudara tersebut telah melakukan pengecaman mayat sebelum mayat di bedah siasat.

“Pegawai Perubatan Forensik yang mengendalikan bedah siasat telah menerangkan kepada saudara pesakit bahawa beberapa sampel tisu kecil dari organ akan diambil untuk dibawa ke makmal untuk menentukan punca kematian.

“Tiada organ pesakit yang telah diambil seperti mana yang didakwa dalam berita dan semua organ telah dikembalikan bersama mayat,”katanya.

Katanya, setiap sampel yang diambil adalah berukuran dalam lingkungan 1 inci x 1 inci.

“Pegawai perubatan tersebut juga telah menerangkan keputusan bedah siasat kepada beliau. Beliau faham dengan penerangan yang telah diberikan dan akan menyampaikan informasi tersebut kepada waris terdekat pesakit di Indonesia.

“Punca kematian adalah jangkitan paru paru dengan sakit jantung (Pneumonia with ischemic heart disease),”katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, pihak majikan telah menguruskan membawa jenazah kembali ke negara asal.

Katanya, mayat pesakit telah diberikan kepada saudara pesakit dan syarikat pengurusan jenazah 3M pada 17 Disember 2021.

“Jenazah telah dibawa ke masjid untuk dimandikan dan dikafankan sebelum di hantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Jenazah selamat tiba di Indonesia pada 20 Disember 2021.

“JKNS menyurakan rasa simpati terhadap ahli keluarga pesakit. Sehubungan dengan itu, semua urusan bedah siasat dan proses pengembalian mayat kepada ahli keluarga telah dibuat mengikut kepada garis panduan yang telah ditetapkan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya