HomeUtamaJPBN Johor,Sabah & Sarawak Sentiasa Berwaspada Amaran Hujan Lebat Berterusan

JPBN Johor,Sabah & Sarawak Sentiasa Berwaspada Amaran Hujan Lebat Berterusan

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di Johor, Sabah dan Sarawak diminta untuk sentiasa berwaspada dengan Amaran Hujan Lebat Berterusan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dalam satu kenyataan berkata, JPBN juga perlu mengambil tindakan awalan untuk membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Kenyataan itu turut memaklumkan JPBN juga perlu memaklumkan agensi- agensi responder untuk bersiap siaga untuk operasi termasuk pembukaan PKTK, PPS dan penyelarasan bantuan dari badan bukan kerajaan (NGO).

“Setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut (memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal).

“PKOB juga telah  memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengenai keperluan untuk atur gerak pam bagi  operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang.

“Pihak NADMA telah dan sedang menyelaras bantuan-bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab,” kata kenyataan itu disini semalam.

NADMA dalam kenyataan itu berkata, PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember lalu.

Menurut kenyataan itu,bagi menghadapi kemungkinan banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, pihak APM Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri Pahang.

“NADMA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya kepada mereka di lapangan yang telah dan masih lagi gigih berusaha menyelamat dan menguruskan mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

“Penghargaan juga buat semua Keluarga Malaysia yang  sama-sama menabur bakti. NADMA juga ingin mengingatkan semua yang berada di lapangan agar langkah-langkah sewajarnya diambil untuk mengekang penularan COVID-19 terutamanya mangsa-mangsa yang berpindah ke PPS.

“Usaha kita akan lebih berjaya dengan pengurusan penyelarasan yang baik agar agihan bantuan dapat dibuat dgn tepat dan teratur.,” katanya.

NADMA menambah, bagi mereka yang terkesan dengan bencana banjir, selain daripada talian Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) 03- 8064 2400, orang ramai juga boleh menghubungi talian MyGCC 03-80008000 sebagai alternatif talian informasi bencana. Maklumat terkini bencana juga turut dikongsi di media sosial

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan MB Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya