COVID-19 : Kes Jangkitan Terus Rekod Penurunan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU:  Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus menampakkan kestabilan apabila  meneruskan trend penurunan dengan merekodkan jumlah kumulatif harian sebanyak 108 kes .

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan 19 kes lebih rendah berbanding jumlah semalam.

“Pada hari ini daerah Ranau menjuarai jumlah kes jangkitan daerah-daerah di Sabah apabila mencatat kes baharu yang paling tinggi iaitu 26 kes berbanding hanya 10 kes semalam.

“Ranau bersama Tuaran 16 (-6), Kota Kinabalu 14 (-17) dan Penampang 10 (-2) adalah empat daerah yang masih mencatat kes-kes baharu pada kadar dua angka,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata,  semua daerah lain hanya mencatat kes baharu satu angka dengan sembilan daerah  tanpa sebarang kes baharu.

Katanya, sebanyak 104 daripada 108 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3 dan masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Dalam pada itu, Masidi berkata, berasaskan kepada jumlah kes harian semalam, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi seluruh negara ialah 0.88 dan bagi Sabah 0.81.

Katanya, kadar R0/RT yang lebih rendah adalah penanda-aras kedudukan jangkitan (transmission rate) yang semakin berkurangan dan terkawal.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *