HomeUtamaAmaran Ribut Petir Di Beberapa Daerah Di Sabah & Sarawak

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Daerah Di Sabah & Sarawak

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah daerah di Sabah dan Sarawak.

METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda di dua buah negeri berkenaan sehingga jam 4 petang nanti.

“Di Sabah, daerah yang diramal akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah di kawasan Pedalaman antaranya Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

“Ramalan itu juga dijangka akan melanda kawasan Pantai Barat Sabah dan Tawau sehingga jam 4 Petang ini,” kata kenyataan itu disini hari ini.

Cuaca sama turut dijangka akan berlaku  di Sarawak antaranya di Kapit, Belaga, Bintulu dan Miri termasuk Subis.

METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

RELATED ARTICLES
Utama

SPM 2023 : 484 calon di Sabah peroleh keputusan cemerlang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular