HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Kes Kekal Stabil Bawah Paras 200 Kes

COVID-19 : Jangkitan Kes Kekal Stabil Bawah Paras 200 Kes

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kekal stabil dengan merekodkan angka dibawah paras 200 iaitu sebanyak 125 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 17 kes berbanding semalam.

“Kumpulan daerah empat serangkai berada di posisi empat daerah teratas yang mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi di Sabah.

“Di Tuaran sebanyak 23 kes pertambahan tujuh kes direkodkan, Kota Kinabalu 23 kes (+9), Kota Belud 19 kes (+13) dan Ranau 8 kes (-18),”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, hanya tiga daerah di Sabah yang masih mencatat kes harian dua angka, iaitu Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud manakala  tiada kes baharu direkodkan di lapan daerah.

“Seramai 121 orang daripada 125 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit baharu dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan seorang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya