HomePolitikPeter Anthony Keluar WARISAN?

Peter Anthony Keluar WARISAN?

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony dikhabarkan bakal membuat pengumuman penting mengenai hala tuju politiknya esok.

Semalam, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 12.30 tengah hari esok.

Walaupun tidak dapat dipastikan inti pati sidang media itu, namun khabar angin mengatakan bahawa beliau bakal keluar daripada Warisan untuk menubuhkan parti baharu.

Selain itu, timbul juga khabar angin mengatakan beliau bakal menjadi ADUN bebas yang mesra kerajaan

Sumber yang rapat dengan Peter ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai sidang media berkenaan, namun berkata, pemimpin berusia 50 tahun itu mungkin akan “beralih arah”.

Selain Naib Presiden Warisan, Peter juga adalah Presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Khabar angin turut mengatakan beliau akan menggunakan KDM Malaysia sebagai platform baharu politiknya.

Sebelum ini, Warisan kehilangan tiga ADUN selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama) keluar parti.

Semua mereka pada mulanya mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi ADUN bebas mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, Hassan dan Mohamaddin kemudian mengumumkan menyertai Bersatu namun Yusof sehingga kini kekal sebagai ADUN bebas mesra kerajaan. – FMT

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya