HomeUtama((VIDEO)) Hajiji Pandu Kereta Tinjau Pembangunan Pekan Tuaran

((VIDEO)) Hajiji Pandu Kereta Tinjau Pembangunan Pekan Tuaran

Read Time:41 Second

TUARAN : Meskipun cuti perayaan Hari Krismas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang untuk meninjau sendiri keadaan di sekitar Pekan Tuaran disini semalam.

Tanpa sebarang protokol, Hajiji memandu sendiri kenderaannya bagi melihat dan meninjau pembangunan infrastuktur yang telah dan sedang dibangunkan di pekan berkenaan.

Menerusi video yang berdurasi lebih 3 minit yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok menggunakan nama ziecojalie itu turut mendapat reaksi yang positif.

Pemilik akaun ziecojalie ketika dihubungi Sabah Media berkata, Hajiji yang memandu dari kediamannya di Kampung Serusup itu mengambil masa hampir lebih 1 jam untuk meninjau pembangunan di pekan berkenaan.

“Sepanjang tinjauan itu, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan pembangunan yang dilaksakan oleh Pejabat Daerah Tuaran,” katanya.

Selain itu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut mempunyai perancangan untuk membangunkan daerah Tuaran pada masa akan datang.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular