HomeUtamaPeruntukan RM 80 Juta Ringgit Di Bawah PPSPA Bagi bantu Petani Dan...

Peruntukan RM 80 Juta Ringgit Di Bawah PPSPA Bagi bantu Petani Dan Penternak Yang Terkesan Bencana Alam- Ronald Kiandee

Read Time:2 Minute, 47 Second

CYBERJAYA — Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM80 juta di bawah Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) bertujuan membantu meringankan bebanan kumpulan sasar yang terkesan akibat daripada bencana alam seperti banjir kilat yang telah melanda baru-baru ini ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ( MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini.

Katanya sejurus berlakunya kejadian banjir yang tidak dijangka tersebut, pihak DVS telah mengaktifkan Bilik Bencana Banjir dan mengerakkan pegawai serta kakitangannya bagi menyelaras dan membantu memindahkan ternakan dari kawasan yang terjejas ke kawasan yang lebih selamat termasuk pusat pemindahan segera.

‘ Makanan ternakan, rumput kering (hay) dan garam jilat turut diagihkan sebagai bantuan kecemasan kepada penternak.

‘ Tambah beliau lagi, DVS akan terus membantu penternak menjaga kebajikan, keselamatan dan kesihatan haiwan-haiwan ternakan yang telah diselamatkan.

” MAFI juga sedang segerakan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti kerosakan dan jumlah kerugian sebenar golongan sasar bagi menyediakan bantuan yang sewajarnya katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ronald lagi berdasarkan kepada maklumat awal, jumlah penternak yang terjejas di Negeri Selangor adalah seramai 160 orang dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah sehingga RM2.1 juta meliputi kematian ternakan lembu, kambing, ayam, rusa, itik, lembu sado dan arnab, kemusnahan stok makanan ternakan, kerosakan kandang serta kerosakan peralatan ladang.

Manakala, di Negeri Pahang dan N.Sembilan masing-masing direkodkan 55 dan 48 orang penternak terjejas dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.5 juta

Dalam pada itu, Ronald yang turut melawat ladang penternakan di RTB Bukit Canggang, Kuala Langat bagi meninjau ladang-ladang ternakan yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda baru-baru ini berkata para penternak di kawasan ini akan diberi bantuan di bawah MAFI Prihatin yang merangkumi makanan ternakan dan kit kesihatan yang diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka.

” YB Menteri MAFI telah melawat ladang ternakan lembu dan kambing pedaging yang di usahakan oleh En. Shah Rizaini. Beliau mempunyai 60 ekor lembu ternakan di mana 10 daripadanya tidak dapat di selamatkan manakala selebihnya masih sedang diberi rawatan kesihatan.

” En. Zaini dan penternak lain di kawasan yang sama turut diberi bantuan di bawah MAFI Prihatin yang merangkumi makanan ternakan dan kit kesihatan yang diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka.

” Barangan makanan ternakan dan kit kesihatan melalui DVS juga sedang diedarkan kepada penternak-penternak yang terjejas seluruh negara selain diberikan bantuan lain yang diperlukan.

Tambah Ronald lagi, Pertubuhan Bukan Kerajaan serta persatuan-persatuan penternak seperti Kelab dan Koperasi Gerakan Transformasi Ruminan (GTR) juga telah mengerakkan ahli-ahlinya bagi membantu penternak-penternak yang terjejas.

GTR bersama Dr Rozaihan yang merupakan seorang pensyarah ruminan di UPM bersama pelajarnya turut membantu usahawan yang terkesan dengan memberikan khidmat rawatan kepada haiwan percuma kepada ternakan.

Dalam pada itu, Ronald Kiandee juga sempat menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin kepada 7 orang mangsa banjir warga MARDI di kawasan Bukit Changgang, Kuala Langat. Ini merupakan sebahagian daripada 100 mangsa banjir warga MARDI yang terkesan.

Sumbangan MAFI Prihatin juga telah diserahkan ke kawasan Ulu Langat, Dengkil, Jenderam, Puchong, Shah Alam dan Klang secara serentak pada hari ini. Secara keseluruhannya, direkodkan 670 orang warga MAFI terkesan.

Turut hadir dalam lawatan ini, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I, YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, YBhg Datuk Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), YBhg Dato’ Dr Norlizan Mohd Noor, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan YBrs. En Hussain Jaafar, Presiden, Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR).

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular