HomeUtama30 Jurupandu Selam Sertai Kursus EFR & RR

30 Jurupandu Selam Sertai Kursus EFR & RR

Read Time:1 Minute, 29 Second

SEMPORNA : Seramai 30 peserta telah menyertai kursus ‘Emergency First Respond (EFR)’ dan ‘Rescue Refresher (RR)’ yang dianjurkan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) selama dua hari berakhir semalam.

Program dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Semporna itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam usaha memulihkan aktiviti pelancongan khususnya aktiviti selam skuba yang merupakan aktiviti utama di Sabah khususnya di daerah ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya berharap penganjuran kursus itu akan dapat meningkatkan lagi pembangunan modal insan selaras dengan teras Program Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, jurupandu selam memainkan peranan penting dalam mengendalikan aktiviti menyelam bagi pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

“Ini berikutan keindahan alam semulajadi terutama pemandangan dasar laut. Perkhidmatan jurupandu selam diperlukan bagi memastikan keseronokan dan keselamatan pelancong berada pada tahap yang optimum.

“Walaubagaimanapun, setelah pandemik COVID-19 melanda, aktiviti ini telah diberhentikan dalam tempoh waktu yang agak panjang. 

“Inisiatif penganjuran kursus ini adalah bagi melatih semula jurupandu selam  yang bekerja di daerah ini dalam aspek kemahiran khususnya keselamatan, bagi mengelakkan sebarang kemalangan serta mengurangkan risiko tersebut berlaku,” katanya.

Jafry berkata, objektif program ini adalah bagi mempertingkatkan semula kemahiran peserta di dalam aspek keselamatan dan operasi menyelamat selain menyediakan platform bagi peserta meningkatkan kemahiran diri selaras dengan teras Program Halatuju SMJ iaitu membangunkan modal insan.

Katanya, program ini juga dapat mengurangkan risiko Hirarki Bahaya (Hierarchy of Risk Control) bagi aktiviti selam skuba; dan meningkatkan keyakinan serta imej Sabah sebagai destinasi yang menyediakan perkhidmatan terbaik melalui aktiviti selam scuba,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Semporna Jamilah Ang berkata, program ini sangat membantu di dalam usaha untuk menaikkan semula industri pelancongan di daerah Semporna khususnya aktiviti selam scuba.

“Memandangkan semua jurupandu selam telah lama meninggalkan kerjaya ini dan diharapkan kursus ini dapat meningkatkan semula keyakinan serta kemahiran peserta,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular