Arab Saudi rekod 744 kes baharu COVID-19

Read Time:36 Second

RIYADH: Kes harian COVID-19 di Arab Saudi melepasi angka 700 kes buat pertama kali pada Rabu dengan 744 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes baharu di negara itu hanya sekitar 50 dengan jangkitan menurun di bawah atau meningkat sedikit melebihi paras itu sepanjang minggu lalu, sebelum meningkat melebihi 500 baru-baru

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, seorang pesakit meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jangkitan baharu menjadikan kes meningkat kepada 554,665 kes dengan 8,874 kes kematian.

Menurut kementerian itu, seramai 231 orang pulih daripada jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 541,388.

Daripada jumlah kes aktif, 43 daripadanya dalam keadaan kritikal. – AGENSI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.